Tuesday, October 11, 2011

Ikhlas, ampun dan maaf dipohon.


Lima hari lagi untuk saya kendong belly besar ini ke mana-mana saya pergi. Due date berdasarkan pengiraan adalah 17 Oct, jadi berdasarkan kalendar, itu adalah 5 hari lagi. Tapi semuanya bergantung kepada ketentuan Ya Rabb. Semuanya sudah tertulis. Saya hanya mampu berserah dan bertawakkal.

Rasa sayu apabila mengenangkan selepas ini sudah tak ada lagi kaki-kaki kecil yang mahu menendang my rib cage sesuka hati. Sayu juga apabila mengenangkan selepas ini, tak ada lagi hiccup yang sering saya rasa setiap hari dalam belly ini tanpa mengira masa dan keadaan. Tak ada lagi within belly-martial art di tengah malam. To be honest, semua itu sangat menghiburkan. Thanks Allah for giving me this precious opportunity - for being a preggy mummy! =)

Tapi sayu-sayu itu akan digantikan dengan kehadiran orang baru ini! InsyaAllah. Itu pasti lebih menghiburkan. I am so excited virtually counting the days. 5 days, 4 days, 3,2,1 and I am ready to push u out bebeh!  Come out and see this beautiful world with ur mummy and daddy. We are really looking forward to meet u up, honey. 

Untuk itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf pada semua yang mengenali. Salah silap dan keterlanjuran yang telah dilakukan dalam sedar ataupun tidak. Didoakan agar segala urusan dipermudahkan insyaAllah. Didoakan juga agar kesakitan yang diturunkan adalah kesakitan yang mampu ditanggung dek badan. Jika ditakdirkan kecundang, ganjaran jihad yang saya harapkan. 

Diharapkan dengan doa-doa ikhlas daripada suami tercinta, ahli keluarga dan saudara-mara tersayang juga sahabat-sahabat yang dikasihi, segala urusan dapat dilalui dengan tenang dan lancar. Amin.

Mode : Neves + Excited.  XD