Tiba-tiba saya teringat pula dulu² semasa belajar di bangi sekitar tahun 2007, ada kata² yang saya baca dari satu artikel berkenaan 'perempuan' dan 'cantik'. Saya baca, saya suka dan apalagi, jari pun laju aje mengklik ctrl+c dan diikuti ctrl+v. ahaha.. pencetak terkenal rupanya aku ini..ohh apakah!
Mungkin anda pun pernah terbaca kata² ini, tak apa, boleh baca lagi jika mahu..
Bagaimana mahu jadi cantik itu? Susah ke? Ohh tidaklah...jika anda cuba amalkan kata² yang saya lampirkan di bawah ini...
Jadikanlah Ghadhdul Bashar (tundukkan pandangan) sebagai “hiasan mata” anda, nescaya akan semakin bening dan jernih..
Oleskan “lipstick kejujuran” pada bibir anda, nescaya akan semakin manis..
Gunakanlah “pemerah pipi” anda dengan kosmetik daripada rasa malu yang dibuat oleh salun Iman..
Pakailah “sabun istighfar”yang menghilangkan dosa-dosa dan kesalahan yang lalu..
Rawatlah rambut anda dengan “Selendang Islam” yang akan menghilangkan kelemumur pandangan kaum-kaum Adam yang membahayakan..
Hiasilah kedua-dua tangan anda dengan “gelang tawadhu” dan jari-jari anda dengan “cincin ukhwah”, mudah-mudahan anda akan lebih ceria dalam menjalani kehidupan sehari-hari..
amboi..kemain!
(sumber ihsan ence GOOGLE)
Senang bukan? Ha, lepas ini bolehla anda bungkus alat² mekap anda ke dalam beg plastik biru atau merah yang anda dapat setelah membeli-belah di kedai runcit Uncle Muthu belakang rumah anda itu.. ohh tidak perlulah sampai mcm itu kan..rugilah..saya pun tak buat macam itu, kerana nanti kena beli baru pula..hikhikhik..
~Sampaikanlah walaupun hanya sepotong ayat..
No comments:
Post a Comment