Thursday, June 2, 2011

Anda preggy mummy juge? Bolehlah baca yang ini... =)


Ohh..seronok juga menjadi preggy mummy ini ye.. Especially bila perot sudah makin menampakkan diri, dan baby pula makin kuat bermartial art di dalam karong dia. Malah, malam² juga dia mahu bangun semata² mahu practice martial art dia. ohh apelah baby mama ni!

Sebagai umat Islam, banyak juga panduan² yang telah digariskan untuk diikuti oleh bakal² mummy ini. Mari saya share info² yang saya temui hasil peng'google'lan saya hari ini. hoho! ;)


                                                                                               GOOGLE
Antara amalan² yang digalakkan untuk diamalkan sepanjang menjadi preggy mummy ini...

Memperbanyakkan mengingati Allah S.W.T dengan memohon ampun dan taubat. Ibu yang hamil digalakkan banyak mengingati Allah supaya hatinya tenang dan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Dengan ini diharapkan agar anak yang lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat melahirkan dengan tenang dan baik.

Untuk kaum bapa, anda juga digalakkan melakukan perkara yang sama ketika isteri anda mengandung. Perempuan yang hamil juga digalakkan supaya banyak bermunajat ke hadrat Allah S.W.T dan memohon doa kepada-Nya semoga anak dalam kandungan sentiasa sihat dan agar dipermudahkan Tuhan bagi ibu tersebut, serta dijauhkan daripada segala kecacatan dan ketidaksempurnaan. 


1. Dengan itu timbullah banyak amalan2, zikir2 serta surah2 yang bagus untuk diamalkan semasa mengandung, antaranya:

• Surah al-Fatihah – Untuk menerangkan hati & menguatkan daya ingatan
• Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin & memperolehi anak yang sabar & taat.
• Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal & cerdik jiwa.
• Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa & cantik akhlak.
• Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu & anak bersifat berhati-hati
• Surah Yaasin – Untuk ketenangan hati & anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
• Surah Taubah – Untuk membersih jiwa & terpelihara daripada maksiat.
• Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.
• dan sebagainya...

2. Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangannya. Perempuan yang sedang hamil digalakkan memperbanyak mendirikan solat malam, solat sunnat, sentiasa menutup aurat. Manakala suami juga dituntut memperbanyakkan ibadat, berpuasa sunat terutamanya pada hari hari yang disunnatkan iaitu Isnin dan Khamis. Ibu yang hamil juga adalah digalakkan untuk sentiasa membaca makthurat terutamanya setiap kali selepas solat.

3. Memperbanyakkan membaca Al-Quran, ibu-ibu yang mengandung perlu memperbanyakkan membaca Al-Quran dan cuba memahami makna bacaannya. Antara ayat-ayat Al-Quran yang elok dibaca ialah : surah Al-Fatihah, surah at-Taubah, surah Yusuf, surah Luqman, surah an-nahl ayat ke 78 dan surah al-A'raf ayat 189. Selain ibadah ia juga dapat memudahkan bersalin, mendapat anak yang sihat dan sempurna, anak yang patuh dan taat pada Allah dan Rasul-nya.

4. Sentiasa berakhlak yang baik. Bagi ibu-ibu yang hamil hendaklah sentiasa menjaga akhlaknya dan bersikap baik kepada jiran tetangga, tidak suka berborak- borak kosong dengan jiran kerana sikap yang tidak elok ini boleh mempergaruhi anak yang akan dilahirkan kelak. Perbanyakkan membaca Al-Quran daripada berborak-borak kosong. 

Demikianlah amalan² yang dituntut bagi preggy² mummy untuk diamalkan. 

Semoga Allah akan memberi ganjaran pahala kepada kita dan diharapkan anak yang akan lahir nanti akan menjadi anak yang betul² taat kepada Allah, Rasul dan kedua ibu bapanya. InsyaAllah...

Ohh, Indahnya Islam... =)




No comments:

Post a Comment