Monday, May 9, 2011

Shopping as Therapy; Tapi kali ni utk baby!


Sempena mempreggykan diri ni, macam² la plan yang sudah dibuat untuk sambut orang baru dalam family kecil saya ni. Walaupun pada perkiraannya, masih awal lagi (4 bulan kira awal jugak la kan?), tapi saya tetap mahu membuat preparation awal² supaya, nanti tidak la terkejut beruk bila budak ticit itu sudah keluar dengan tiada apa² preparation. Tidak mahulah jadi last minute. Bukan ke selama ni aku memang selalu last minute? Ahaha...pedulikan!

Mari lihat apa persediaan yang mahu dibuat sempena menyambut kelahiran baru ini;
  1. Baby clothes
  2. Pram & Pushchair
  3. Car seat
  4. Baby cot
  5. Cot set
  6. Breast pump
  7. Electric sterilizer
  8. Set botol susu 
  9. Baby bath tub
  10. Toiletries & Accessories
  11. Toys & playtime
Lagi? Tak tahulah nak tambah apa lagi, mungkin nanti boleh buat list mcm ini lagi untuk tambahan yang 'Tak tahulah nak tambah apa lagi' itu. 

Setakat ini, adalah seketoi saja yang dah dibeli. 

Incik pram & pushchairDengan kuasa di ujong jari sahaja, saya berjaya membidkan benda ini di ebay.co.uk. Teruk juga lah sebab terpaksa menatap skrin laptop selama 15min sebelum bidding time itu tamat, risau kalau² jari orang lain lebih hebat daripada jari saya. ahaha.

Jadi, selepas menang dalam bid tersebut, dengan diiringi sorakan hebat daripada Fluffy (yang tidak jemu² memberi sokongan padu di sebelah) inilah hasilnya;


Product yg boleh tahan la  hebat daripada Silver Cross..


Nama penuh incik ini sangat classic iaitu 3D Classic Pram & Pushchair. Boleh ditukar daripada penggunaan Pram kepada Pushchair. Bukankah agak jimat di situ? 

Pram mode;

Ini untuk bayi yang baru lahir, yang tengkuk serta badannya masih lembik, lentuk, liuk, lentok, leleh..oh?


Pushchair mode;

Ini untuk bayi yang sudah agak besar dan sudah boleh bergerak ke sana sini sambil mendera ibu bapa beliau. 


With footmuff yang.....muff

Kenapa saya ckp benda ini agak murah? Kerana, dengan hanya satu belian, orang itu atau Grandma Brenda beri saya macam² lagi barang & accessories. Seperti,


Ventura Car Seat semasa di atas Pushchair : Ini utk Travel mode


Changing bag atau bag bertukar
Barang² & accessories lain;
  • cosy toes-footmuff yang tadi itu
  • ventilated rain cover (tiada dalam gambar)
  • shopping basket (ada dalam gambar, cuba cari sendiri kalau rajin)

Berbaloi bukan? Bak kata Mr. Jude, kawan baik kepada encik suami, "Dude, it's a bargain!". 

Jadi, encik suami pun gembira bukan kepalang kerana barangan bayi beliau yang satu ini sudah siap dibeli dan diservis menggunakan cecair pencuci Mr. Muscle. Amboi.

Puan Isteri pun tumpang gembira juga kerana barangan bayi yang paling penting dan yang paling mahal tidak hengat antara yang lain ini, sudah dibeli dgn harga yg murah pun tak hengat juga. Phew!

Akan datang : Barangan bayi yang lain pula. Tapi masih belum beli lagi. Mungkin bulan depan sahaja. Kerana bulan ini mahu beli untuk emak bayi pula. hikhikhik. 

Terima kasih kepada Kak Fae & Kak Ayu kerana tampil dgn opinion yg sgt bernas berkenaan benda ini. :)

Ini dia orang kuat saya yang kelihatan sudah kepenatan setelah bertungkus lumus memberi sokongan padu sebentar tadi.




kikikiki...


p/s: Perhatian kepada ibu bapa yang sedang mencari benda seperti ini juga, sila tampil ke hadapan tanpa segan dan silu. Saya boleh tolong carikan, belikan dan shipkan sekali. Boleh....takde masalah. Benda baik tak elok simpan seorang diri tanpa mahu berkongsi. kan Fluffy?  :)


10 comments:

  1. oklah tu. beli awal ni menang kt harga die. sebab rase mcm nk beli gak walaupun lum ade baby kecik.

    ReplyDelete
  2. aah tu la kak najwah. beli yg besar2 n yg nak kene spend banyak duit dulu then yg tecik2 tu boleh beli kemudian. senang hati sikit. boleh la tu kalau nk beli satu. utk anak ketiga akan datang nnti..hihi..

    ReplyDelete
  3. besa lahh.. dia kan fluffy kepunden parang skeper!hehe..

    ReplyDelete
  4. anis : Syukur, Alhamdulillah... tahniah ye kamu dh pregnt... :-) m hepi 4 u... :)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..thanks for the wish Niza! :)

    ReplyDelete
  6. nice post anis..

    glad ada fluffy..hehe...

    ReplyDelete
  7. anis! omg cant believe hang dh preggy skrng! apa2 pun, hopefully d baby n baby mama sihat2 slalu... =)

    ReplyDelete
  8. pikah! aah da 5bln lebih dah skrg..hehe..insyaAllah...sehat2 je skrg.. perot pon da makin besaq n da bleh rasa dia tendang2 mummy dia dah skrg..thx dear! =)

    ReplyDelete