Monday, June 6, 2011

Homemade steamboat.


Bila sudah setat teringin makanan² yang selalu dihentam dengan lahapnya di Malaysia, mula la sibuk² menggooglekan diri mencari resipi yang mudah dan pantas untuk dibuat dan dikendalikan. Kali ini, perot terasa mahu menghentam steamboat pula. Ala.. seperti yang di Johnny's itulah. Sangat sedap bukan. Sampai terliur-liur mengenangkan steamboat Johnny's. Sob..sob...

Saya pun setat lah menggoogle dan google dan gooo....tara! Saya terjumpa satu daripada beratus² resipi yang sangat mudah dan nampak macam sedap aje. Ape lagi, terus capai coat dan pujuk ence suami pergi ke kedai runcit berdekatan untuk mendapatkan bahan² yang terlibat.ngahaha..bukankan saya sudah cakap, bab makan memang lajulah. 

Mari saya share bagaimana mahu buat homemade steamboat ini..

Teaser aje lah yang ini..ada banyak lagi gambar di bawah ini..

Mula², saya pergi mendapatkan kerangka ayam di kedai ence mohamed di belakang rumah. 50p aje sudah dapat seplastik kerangka ayam. Baguslah! 

Lalu, direbus selama-lamanya. ahaha...taklah..rebus selama 2jam aje macam ini..taruklah garam dan gula sedikit. 

sudah tahu kan bagaimana mahu merebus kerangka ayam? semua org pun tahulah anis. ahahah...

Sementara itu, boleh lah sediakan sos nye. Sos ni mmg rasa pun ala² Johnny's. Sedap! Bahan² untuk sos;

  1. 7 biji cili merah
  2. 2 ulas bawang putih
  3. 2 sudu besar minyak bijan
  4. 3 sudu besar sos ikan
  5. Air
  6. Gula

 Cecara;


 1. Bahan 1 dan 2 diblend sampai halus..

Ha..sekarang sudah tahu bagaimana mahu blend cili?  hoho!
 2. Campurkan bahan² blend td dgn bahan² lain; 3,4,5 dan 6.


Tada..sudah siap sos yang sedap dan berbau harum. Pastikan pakai minyak  bijan kerana rasa dan juge aroma minyak itulah yang penting untuk menaikkan kesedapan sos ini. Dan jadilah seperti ini... 


Nampak sikit aje kerana mangkuk besar tak hengat..gagaga...

Selepas sudah siap dengan sosnya, mari pula sediakan isi² kandungan steamboat yang terlibat. Kerana makan berdua aje, tidak perlulah sediakan banyak² kerana nanti tidak habis pula. Terpaksa Fluffy pula diajak join makan steamboat. Kejamlah.

Apa yang saya sediakan untuk isi² nye...

Cendawan tecit dan tauhu jepun
ence harimau..oh bukanlah..ini udang harimau..
Isi ayam dan sotong
Pak choy yang segar bugar dan comel²

Crab ball, fish ball dan squid ball


Ohh...lupa pula slow cooker tidak ada. Pakai ini pun boleh...


Teehehee..

Sup yang telah direbus tadi, bolehla dimasukkan ke dalam slow cooker aka periuk nasi brand national ini.. 

Seterusnya, sudah boleh setat enjoy steamboat sambil melayan Desperate Housewives Season 4. Ohh...seronok...

Fluffy...awak boleh tengok aje sebab awak tak pandai makan steamboat. hoho! Pergi makan Go-cat awak itu! Pergi pergi...

Nyumm~  


3 comments:

  1. Terbaik sayang....tq sgt2...sedap !

    ReplyDelete
  2. mesti pandai masak ni...hehe..nak cuba wt ni gk..suka mkn kt johnny. sdp

    ReplyDelete
  3. syahida, xpandai sgt pun lah! biasa2 je. tp ni sbb da mengidam tahap gaban dah, tu yg pulun jgk wat tu.hihi...try lah! sedap taw esp sos dia. xyah ssh2 nk pi johnny da pasni. ;)
    opss sorry johnny! hehe...

    ReplyDelete