Tuesday, November 22, 2011

I luv you but I have to let you go..my dear Fluffy :'(


Fluffy...


Teringat lagi waktu Fluffy kecil-kecil dulu, Fluffy manja sangat. Sekarang dah besar, tetap manja macam dulu. Yes I luv you, but still I have to let you go..


Nakal sangat Fluffy kecil-kecil dulu, lari ke sana sini, habis bercalar- balar tangan anis dek cakaran Fluffy. Tapi, sumpah anis tak kisah. Yes I luv you, but still I have to let you go..


Fluffy setia temankan anis waktu baom kerja dan terpaksa bermalam di luar, Fluffy tahu anis takut. Fluffy ada di rumah, anis kuat sikit. Yes I luv you, but still I have to let you go..  


Fluffy selalu saja ada; memasak, mengemas, menjahit, makan, tidur.. awak ni tak jemu ke Fluffy ikut anis ke sana sini? Dengan baom pun awak macam itu juge ye...Yes I luv you, but still I have to let you go..


anis sayang sangat Fluffy..











You are my sunshine,
My little sunshine.


You are one of the best things that ever happened to me..





 I luv u.. I really do..


But I am sorry, I have to let you go..
:'(




so long my dear Fluffy...



Tuesday, October 11, 2011

Ikhlas, ampun dan maaf dipohon.


Lima hari lagi untuk saya kendong belly besar ini ke mana-mana saya pergi. Due date berdasarkan pengiraan adalah 17 Oct, jadi berdasarkan kalendar, itu adalah 5 hari lagi. Tapi semuanya bergantung kepada ketentuan Ya Rabb. Semuanya sudah tertulis. Saya hanya mampu berserah dan bertawakkal.

Rasa sayu apabila mengenangkan selepas ini sudah tak ada lagi kaki-kaki kecil yang mahu menendang my rib cage sesuka hati. Sayu juga apabila mengenangkan selepas ini, tak ada lagi hiccup yang sering saya rasa setiap hari dalam belly ini tanpa mengira masa dan keadaan. Tak ada lagi within belly-martial art di tengah malam. To be honest, semua itu sangat menghiburkan. Thanks Allah for giving me this precious opportunity - for being a preggy mummy! =)

Tapi sayu-sayu itu akan digantikan dengan kehadiran orang baru ini! InsyaAllah. Itu pasti lebih menghiburkan. I am so excited virtually counting the days. 5 days, 4 days, 3,2,1 and I am ready to push u out bebeh!  Come out and see this beautiful world with ur mummy and daddy. We are really looking forward to meet u up, honey. 

Untuk itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf pada semua yang mengenali. Salah silap dan keterlanjuran yang telah dilakukan dalam sedar ataupun tidak. Didoakan agar segala urusan dipermudahkan insyaAllah. Didoakan juga agar kesakitan yang diturunkan adalah kesakitan yang mampu ditanggung dek badan. Jika ditakdirkan kecundang, ganjaran jihad yang saya harapkan. 

Diharapkan dengan doa-doa ikhlas daripada suami tercinta, ahli keluarga dan saudara-mara tersayang juga sahabat-sahabat yang dikasihi, segala urusan dapat dilalui dengan tenang dan lancar. Amin.

Mode : Neves + Excited.  XD


 

Friday, September 23, 2011

Pram & Pushchair for sale!!



Pram & Pushchair for sale!! 


Heyya mommies! 


Searching for pram & pushchair with great brand at fantastic price? You are looking at the correct blog then! 

I am selling 2nd hand Pram & Pushchair from Silver Cross, one of the greatest brands in UK. Originally from UK.  


Retail price in Malaysia is around RM2k without carseat, and around RM3k with carseat. 

And here, I am selling this pram & pushchair comes with complete accessories + ventura car seat for only RM8++. What?! RM8++? Are you kidding me? Nope. And Yes, it is including shipping cost right away to your door definitely. 

It is convertible from Birth (Pram) to Toddler (Pushchair)! 

In excellent condition!

There are several colors available for you to choose;



Charcoal




    

Pistachio  




Tokyo Denim







Apollo




















Burnt Orange























Black Cargo



































Coast
























The Silver Cross 3D Pram System features:


Ultra lightweight
Suitable from birth
Super-small folded size
Easy 3 dimensional folded system
Carry handle
Baby Facing pram position
Removable washable liner and mattress
Lockable, swivel wheels
4 position recline including fully lie flat
Cushioned head support
Adjustable handle height
Includes changing bag, raincover, apron, and shopping basket.
Suitability: From birth
Weight: 10.3kg
Dimensions:
Standing dimensions W53cm x H 100-104cm x L95cm
Folded dimensions W40 x D103 x L102cm




For more info, pls do not hesitate to contact me via email; 
anisnajwa.abdullah@yahoo.com
anisnaurah@yahoo.com



It is really easy to use, convenient, luvly, high in quality, great colors and materials, and worth-it. I have one too, that's why I know! =)  


Quick! Grab urself a bargain! 




Thursday, July 28, 2011

Shopping as Therapy; Tapi kali ni utk baby!Part II


Alhamdulillah..Seven months down, two more to go. Can't believe I have made it to the 3rd trimester! The countdown is really on in this final trimester anyways.. pheww...

Sekarang sudah boleh makan, tidur, mandi dan berangan dengan lebih tenang. Barang² si tecit ini sudah lengkap. Tinggal lagi keperluan² yang kecil². Di supermarket pun ade. 

Cuma perlu tunggu masa aje lagi untuk bersabung nyawa bulan october nanti. Ohh sudahlah anies! Ayat tak hengat!

My checklist;

Teaser;




Seronot betul bila mahu beli barang² die ini. Comel² dan macam² pilihan. Rasa seperti mahu angkut semua sekali bertroli-troli. Kenape? Ingat beli barang² bdk tecit ini tak boleh rambang mata ke hape? HAHA. 

Barang mama tak ade ke? Tak ape.. Yang itu nanti² pun boleh. Papa pun tersenyum lebar bila tawu mamanye tidak mawu beli apa² brg pun untuk diri sendiri. Mahunya tidak suka dia itu, bukan ke haku yang selalu pulun mengangkut itu ini kalau pergi bersopping sebelum ini? HOHOHO. Tengah practice jadi mama yang baek la ni sayang.. ppfffftttttt! =P

Itu ajelah.. mawu pergi makan, tidur, mandi dan berangan dengan tenang..aicehh~ 


    

Wednesday, June 22, 2011

One step ahead for my besh buddy!



Seronoknya bila dapat tawu one of my besh buddies sudah mahu berkahwin. Tapi sangat tidak seronok apabila terpaksa tengok gambar aje dari jauh. Ohh sadis sangatlah. T.T

Baterkap's one of the Powerpott gurls. That's us! --> Basem, Baterkap & Babel. Dahulu Timah, Limah & Minah. AHAHA. 

Sangat banyak kenangan dengan budak² ini. Dari zaman surat, ke telepon, lepas itu sampai lah ke email dan finally, fesbuk! Dari tasek melati, pekan kangar, pekan alor star, sawah padi sampaila ke seluruh kampung mata ayer kami jelajah; tak kira siang malam tawu! Dari zaman twinkle² little star, rock, nasyid sampaila lagu² skrg ini. HOHO! 

Agak panjang jugalah perjalanan relationship kami ini. And yes, I am glad havin them in my life. Really. =')

                                          



Gambar paling baru dgn mereka² ini.




Dear baterkap & her man, I weally wanna wish u...



"The sweetness of sharing a dream made for two is one life's greatest treasures. 
Wishing you both much happiness and a wonderful life..Congratz!" 

Inilah hasil tangkapan tgk dari jauh aje itu. One word - Gorgeous!

Alhamdulillah panjang jodoh kamu² ini baterkap & ence pian. 

p/s : Basem, kami tunggu turn hang plak pasni! Ila sukaaaa menjahit! ekeke.. ;P

Monday, June 6, 2011

Homemade steamboat.


Bila sudah setat teringin makanan² yang selalu dihentam dengan lahapnya di Malaysia, mula la sibuk² menggooglekan diri mencari resipi yang mudah dan pantas untuk dibuat dan dikendalikan. Kali ini, perot terasa mahu menghentam steamboat pula. Ala.. seperti yang di Johnny's itulah. Sangat sedap bukan. Sampai terliur-liur mengenangkan steamboat Johnny's. Sob..sob...

Saya pun setat lah menggoogle dan google dan gooo....tara! Saya terjumpa satu daripada beratus² resipi yang sangat mudah dan nampak macam sedap aje. Ape lagi, terus capai coat dan pujuk ence suami pergi ke kedai runcit berdekatan untuk mendapatkan bahan² yang terlibat.ngahaha..bukankan saya sudah cakap, bab makan memang lajulah. 

Mari saya share bagaimana mahu buat homemade steamboat ini..

Teaser aje lah yang ini..ada banyak lagi gambar di bawah ini..

Mula², saya pergi mendapatkan kerangka ayam di kedai ence mohamed di belakang rumah. 50p aje sudah dapat seplastik kerangka ayam. Baguslah! 

Lalu, direbus selama-lamanya. ahaha...taklah..rebus selama 2jam aje macam ini..taruklah garam dan gula sedikit. 

sudah tahu kan bagaimana mahu merebus kerangka ayam? semua org pun tahulah anis. ahahah...

Sementara itu, boleh lah sediakan sos nye. Sos ni mmg rasa pun ala² Johnny's. Sedap! Bahan² untuk sos;

  1. 7 biji cili merah
  2. 2 ulas bawang putih
  3. 2 sudu besar minyak bijan
  4. 3 sudu besar sos ikan
  5. Air
  6. Gula

 Cecara;


 1. Bahan 1 dan 2 diblend sampai halus..

Ha..sekarang sudah tahu bagaimana mahu blend cili?  hoho!
 2. Campurkan bahan² blend td dgn bahan² lain; 3,4,5 dan 6.


Tada..sudah siap sos yang sedap dan berbau harum. Pastikan pakai minyak  bijan kerana rasa dan juge aroma minyak itulah yang penting untuk menaikkan kesedapan sos ini. Dan jadilah seperti ini... 


Nampak sikit aje kerana mangkuk besar tak hengat..gagaga...

Selepas sudah siap dengan sosnya, mari pula sediakan isi² kandungan steamboat yang terlibat. Kerana makan berdua aje, tidak perlulah sediakan banyak² kerana nanti tidak habis pula. Terpaksa Fluffy pula diajak join makan steamboat. Kejamlah.

Apa yang saya sediakan untuk isi² nye...

Cendawan tecit dan tauhu jepun
ence harimau..oh bukanlah..ini udang harimau..
Isi ayam dan sotong
Pak choy yang segar bugar dan comel²

Crab ball, fish ball dan squid ball


Ohh...lupa pula slow cooker tidak ada. Pakai ini pun boleh...


Teehehee..

Sup yang telah direbus tadi, bolehla dimasukkan ke dalam slow cooker aka periuk nasi brand national ini.. 

Seterusnya, sudah boleh setat enjoy steamboat sambil melayan Desperate Housewives Season 4. Ohh...seronok...

Fluffy...awak boleh tengok aje sebab awak tak pandai makan steamboat. hoho! Pergi makan Go-cat awak itu! Pergi pergi...

Nyumm~  


Saturday, June 4, 2011

2nd NHS dating scan!



Sudah masuk 21 minggu sekarang, semalam sudah scan untuk kali kedua. Budak tecit semakin mendemponkan diri. Tapi kali ini tidak lah seactive mula² scan dahulu itu. Mungkin juga dia rasa dia sudah semakin dempon dan tidak mampu bergerak secara hebat lg. ahaha... Padan muka. Sape suruh paksa mummy kamu ini melantak banyak sangat.. Hari² melantak tidak hengat. hoh! Mungkin juga dia tidak active semalam kerana mahu simpan tenaga untuk bermartial art, mcm yg dia ini selalu buat malam². ohhh..apekah!


Tangan dia itu macam itu aje lah...sentiasa di atas kepala dia mcm dalam gambar itu..mungkin juga sedang berfikir apa². tentang apa². 

Alhamdulillah, semalam sudah nampak semua anggota badan bdk tecit ini.. dua tangan yang tecit dan jari² juge, perot, kepala, sepasang kaki yang tecit..sangat comel lah kamu ini! XD

Sonographer cakap baby gurl, tapi dia sedikit confius kerana budak tecit ini sangat menyorok ke belakang. Neves ke mahu jumpa sonographer cantek yg sorang itu? haha. Baby gurl or boy, mana² pun bagus. Mama tetap syg kamu, ye dempon! Kalau gurl, nanti boleh teman mama pegi buat facial! muahaha! ohhh itu yang aku mahu rope²nye! -_-"

Nak tunggu scan yang lain pulalah. Mungkin time itu, sonographer tidak confius lagi..gagaga...


Thursday, June 2, 2011

Anda preggy mummy juge? Bolehlah baca yang ini... =)


Ohh..seronok juga menjadi preggy mummy ini ye.. Especially bila perot sudah makin menampakkan diri, dan baby pula makin kuat bermartial art di dalam karong dia. Malah, malam² juga dia mahu bangun semata² mahu practice martial art dia. ohh apelah baby mama ni!

Sebagai umat Islam, banyak juga panduan² yang telah digariskan untuk diikuti oleh bakal² mummy ini. Mari saya share info² yang saya temui hasil peng'google'lan saya hari ini. hoho! ;)


                                                                                               GOOGLE
Antara amalan² yang digalakkan untuk diamalkan sepanjang menjadi preggy mummy ini...

Memperbanyakkan mengingati Allah S.W.T dengan memohon ampun dan taubat. Ibu yang hamil digalakkan banyak mengingati Allah supaya hatinya tenang dan mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Dengan ini diharapkan agar anak yang lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat melahirkan dengan tenang dan baik.

Untuk kaum bapa, anda juga digalakkan melakukan perkara yang sama ketika isteri anda mengandung. Perempuan yang hamil juga digalakkan supaya banyak bermunajat ke hadrat Allah S.W.T dan memohon doa kepada-Nya semoga anak dalam kandungan sentiasa sihat dan agar dipermudahkan Tuhan bagi ibu tersebut, serta dijauhkan daripada segala kecacatan dan ketidaksempurnaan. 


1. Dengan itu timbullah banyak amalan2, zikir2 serta surah2 yang bagus untuk diamalkan semasa mengandung, antaranya:

• Surah al-Fatihah – Untuk menerangkan hati & menguatkan daya ingatan
• Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin & memperolehi anak yang sabar & taat.
• Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal & cerdik jiwa.
• Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa & cantik akhlak.
• Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu & anak bersifat berhati-hati
• Surah Yaasin – Untuk ketenangan hati & anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
• Surah Taubah – Untuk membersih jiwa & terpelihara daripada maksiat.
• Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.
• dan sebagainya...

2. Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangannya. Perempuan yang sedang hamil digalakkan memperbanyak mendirikan solat malam, solat sunnat, sentiasa menutup aurat. Manakala suami juga dituntut memperbanyakkan ibadat, berpuasa sunat terutamanya pada hari hari yang disunnatkan iaitu Isnin dan Khamis. Ibu yang hamil juga adalah digalakkan untuk sentiasa membaca makthurat terutamanya setiap kali selepas solat.

3. Memperbanyakkan membaca Al-Quran, ibu-ibu yang mengandung perlu memperbanyakkan membaca Al-Quran dan cuba memahami makna bacaannya. Antara ayat-ayat Al-Quran yang elok dibaca ialah : surah Al-Fatihah, surah at-Taubah, surah Yusuf, surah Luqman, surah an-nahl ayat ke 78 dan surah al-A'raf ayat 189. Selain ibadah ia juga dapat memudahkan bersalin, mendapat anak yang sihat dan sempurna, anak yang patuh dan taat pada Allah dan Rasul-nya.

4. Sentiasa berakhlak yang baik. Bagi ibu-ibu yang hamil hendaklah sentiasa menjaga akhlaknya dan bersikap baik kepada jiran tetangga, tidak suka berborak- borak kosong dengan jiran kerana sikap yang tidak elok ini boleh mempergaruhi anak yang akan dilahirkan kelak. Perbanyakkan membaca Al-Quran daripada berborak-borak kosong. 

Demikianlah amalan² yang dituntut bagi preggy² mummy untuk diamalkan. 

Semoga Allah akan memberi ganjaran pahala kepada kita dan diharapkan anak yang akan lahir nanti akan menjadi anak yang betul² taat kepada Allah, Rasul dan kedua ibu bapanya. InsyaAllah...

Ohh, Indahnya Islam... =)